Isnin, 13 Jun 2011

adakah itu terkilan

Rutin harian wa membaca surat khabar metro setip pagi.
.........ruang luar negara sentiasa menjadi fokus wa,lebih2 lagi mengenai revolusi negara2 arab.Sedang membaca dan...............................


Ayah  :  kau tengok berita cane kedaan di syiria?cane plak ustaz ameen da kate ok?
Wa     : laaa...ustaz ameen x kate pun da ok..die kate da kurang cket dari dulu..lagi pun ia bukan berlaku btol2 di bandar damascus,tapi di sempadan beirut,lubnan.

ade lagi beberapa dialog yang tak dapat wa rakamkan disini.Ayah wa hanya berdiam selepas diberi penjelasan.


HARIAN METRO :


DAMSYIK: Televisyen Syria semalam melaporkan tentera negara itu bertempur dengan ‘kumpulan bersenjata’ di Jisr Al-Shughur.
“Tentera memasuki Jisr al-Shughur dan mengusir kumpulan bersenjata dari hospital di bandar itu.


“Pertempuran sengit pula berlaku antara tentera dengan kumpulan bersenjata yang berlindungi di sekitar bandar berkenaan,” menurut laporan televisyen berkenaan.
Ia juga berkata, tentera memasuki Jisr Al-Shughur selepas memusnahkan bahan letupan yang dipasang di jambatan dan jalan raya oleh kumpulan berkenaan.


Kumpulan hak asasi manusia mengesahkan pertempuran sengit dan letupan berlaku di bandar yang terletak di barat laut Syria itu.


Dua lelaki bersenjata dilapor terbunuh dan ramai lagi ditangkap sementara senjata mereka, termasuk mesingan dirampas.
Kumpulan hak asasi yang dihubungi menerusi telefon berkata, tentera kerajaan tiba dengan 200 kereta kebal dan dibantu oleh beberapa helikopter. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan