Sabtu, 25 Jun 2011

aku dan shisha

pertama sekali wa nak menyebut wa bukan la perokok tegar.wa semakin berusaha untuk tinggalkan benda haram jadah ni.ade peningkatan walaupun tidak sempurna.
hobi wa adalah shisha(hookah/waterpipes).sedikit sebanyak ia macam rokok..(yelah..asap jugak kan).
wa sangat selesa dengan shisha sebab

  1. wangi.
  2. rilaks
  3. enjoy
pelik bukan??
wa sangat enjoy layan shisha bersam idola wa..banyak benda yang wa dapat dari dia..
                                        port feveret wa al-andalus jalan tun razak

apa dah jadi??

Wa bukan la seorang penyelidik ataupun penyiasat.Oleh sebab 5 deria wa yang masih berfungsi dengan baik menyebabkan wa rasa sendiri keadaan sekeliling yang kian berubah.
Saban hari surat khabar yang wa baca mesti menyiarkan kes pembunuhan..jenayah..khalwat..fitnah..protes..dan sebagainya.kalau wa kumpulkan semua kes2 ni dari masa ke semasa mungkin berjuta nyawa yang hilang,secara positif@rasionalnya memang la sudah ditentukan tuhan.
Tapi seolah2 kembali ke zaman jahiliyyah moden.tiada penyelesaian tiada jalan keluar bagi wa yang sedang meningkat dewasa,wa tetap akan merasai.persoalannya..bagaimana generasi akan datang.
Wa rasa ketakutan plak..

Wa ingin menyentuh kes pembuangan bayi.Kes ni boleh dianggap kes paling top la.Kebanyakannya melibatkan golongan remaja sebaya dengan wa.Dimana silapnya?siapa yang hendak dipersalahkan?lelaki atau perempuan?
pepatah melayu ade sebut ''masakan pokok boleh bergoyang kalau tidak ada angin yang meniup''.
Golongan yang mengambil jurusan agama juga terjebak dalam perihal ini.Jadi?dan apa da jadi?

faktor penyebab:

  1. salah guna internet
  2. hiburan yang terlampau
  3. hubungan bukan muhrim yang tiada batasan
  4. couple
  5. tiada praktikal dalam agama
  6. jauh dari ulama
beb..satu jelah ...yang penting da terlanjur tu taubat la..dan x perlu buang kandungan tu..sedekah kat sape2 x pe dah..dosa zina satu..dosa buangbayi satu..due2 dosa besar..lu pikir la sendiri.

Rabu, 22 Jun 2011

sometimes..

Masa mula2 kenal,terasa segalanya indah.Apabila hubungan kian dimamah waktu pelbagai berlaku secara mendadak.Kalau dulu sayang,tapi sekarang benci.Mengapa?Adakah memang begitu resam dunia.
Kita menyingkap kembali sejarah ketamadunan,hubungan diantara mereka sangat kuat bagi mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.
Kadang2 terasa terhegeh2 mencari,wa merindui segala yang indah walaupun hanya 0.3%.

Sabtu, 18 Jun 2011

menghitung hari

semakin hari dihitung semakin gusar diri ini
semakin mengejar masa semakin jauh ditinggalkan
semakin tabah diri ini semakin kuat cabaran hidup
semakin mencari ilmu semakin hina diri ini


mencari kebahagiaan perlukan pengorbanan
mencari harta dunia yang bukan milik sejagat
mencari bekalan untuk satu kepastian
mencari cinta yang kekal abadi


menanti hari yang mendatang
menanti perkara yang tiada pertikaian
menanti kebenaran yang pasti
menanti ujian yang mampu dihadapi


kepastian pada janji tuhan
keyakinan pada pegangan
kearah satu perjuangan yang kekal selamanya
suntikanlah satu  bius yang yang di dalamnya terdapat sifat untuk tidak kenal putus asa.


nukilan diri sebagai manusia yang hanya dicipta untuk penciptanya



Isnin, 13 Jun 2011

adakah itu terkilan

Rutin harian wa membaca surat khabar metro setip pagi.
.........ruang luar negara sentiasa menjadi fokus wa,lebih2 lagi mengenai revolusi negara2 arab.Sedang membaca dan...............................


Ayah  :  kau tengok berita cane kedaan di syiria?cane plak ustaz ameen da kate ok?
Wa     : laaa...ustaz ameen x kate pun da ok..die kate da kurang cket dari dulu..lagi pun ia bukan berlaku btol2 di bandar damascus,tapi di sempadan beirut,lubnan.

ade lagi beberapa dialog yang tak dapat wa rakamkan disini.Ayah wa hanya berdiam selepas diberi penjelasan.


HARIAN METRO :


DAMSYIK: Televisyen Syria semalam melaporkan tentera negara itu bertempur dengan ‘kumpulan bersenjata’ di Jisr Al-Shughur.
“Tentera memasuki Jisr al-Shughur dan mengusir kumpulan bersenjata dari hospital di bandar itu.


“Pertempuran sengit pula berlaku antara tentera dengan kumpulan bersenjata yang berlindungi di sekitar bandar berkenaan,” menurut laporan televisyen berkenaan.
Ia juga berkata, tentera memasuki Jisr Al-Shughur selepas memusnahkan bahan letupan yang dipasang di jambatan dan jalan raya oleh kumpulan berkenaan.


Kumpulan hak asasi manusia mengesahkan pertempuran sengit dan letupan berlaku di bandar yang terletak di barat laut Syria itu.


Dua lelaki bersenjata dilapor terbunuh dan ramai lagi ditangkap sementara senjata mereka, termasuk mesingan dirampas.
Kumpulan hak asasi yang dihubungi menerusi telefon berkata, tentera kerajaan tiba dengan 200 kereta kebal dan dibantu oleh beberapa helikopter. - AFP

Ahad, 12 Jun 2011

despatch rider-chicken runner


Sudah menjadi kebiasaan wa apabila cuti panjang atau da tidak ada kerja,wa akan berkerja dengan ayah wa.Bukan satu syarikat yang besar,hanya la sebuah gerai memproses ayam.Wa hanya menjawat jawatan sebagai despatch.hahaha.


EX5 CLASS,masa wa darjah 6 lagi moto.Masih gagah perkasa.Dengan motorsikal ini la wa menyempurnakan tugas wa sebagai despatch rider walaupun motor ini sudah tidak ada kemampuan bergerak jauh,''pelan2 kayuh la''.Wa seronok dengan kerja sebagai despatch ni.

area lembah pantai sahaja.taib kedai ayam

Jumaat, 10 Jun 2011

perubahan 25%

  Sebelum wa berhijrah menyambung pengajian di kelantan.Wa rasa diri wa jahil sangat.Ditambah pula dengan ilmu pengetahuan yang cetek.Wa hanya faham islam itu sekadar agama sahaja.Bahasa Arab.hmm jauh sekali..isu semasa pun hanya ruang yang wa minat sahaja.
   2009 merubah cara hidup wa,cara wa berfikir.Wa berhijrah ke kelantan untuk menimba sedikit ilmu dan pengalaman sebagai dagang perantau.Nescaya kelantan tidak mengecewakan..Alhamdulillah..wa mula berasa Al-Quran sangat penting dalam hidup wa..wa sedar islam adalah cara hidup yang merangkumi segala aspek duniawi wal ukhrawi.Walaupun tidak banyak yang wa dapat,sekurang2nya ia mampu jadi panduan dalam diri.
   

perbalahan

  Entah mengapa diri ini kekadang berada di luar kawalan.Adakah wa ni lelaki yang oversensitive.Yupp..jawapannya wa jauh dari tuhan,hubungan wa dengan tuhan perlu diperbaiki.
  Wa sering kali menjadi buah mulut dalam keluarga kononnya wa banyak mendatangkan masalah.Dengan abang2 wa pun ada masa baik,ada masa tidak bertegur sapa.wa rasa diri wa ni sedang berbalah dengan keegoaan.Dari luar senyap sunyi,tapi dalam berperang teluk.
   Perbalahan wa makin menjadi-jadi apabila ia meningkat ke tahap seterusnya 'memberontak'.Kali ini  ayah wa tidak ketinggalan menjadi sasaran.wooooohhh..wa dapat rasa yang diri wa teruk sangat.


selagi hayat dikandung badan..
selagi qiamat belum menjelang..
selagi tu wa akan terus berusaha sedaya upaya berubah
menjadi
insan yang diredhai ibu bapa danTuhan

Khamis, 9 Jun 2011

umrah 2010

lambaikallah humma lambaik..
pengalaman pertama menjejak kan kaki di dua tanah suci..
MasyaAllah hanya Allah sahaja yang tahu perasaan wa pada masa itu,,

rombongan kami bersama Maahad Tahfiz Sains seluruh Kelantan dan Maahad Tahfiz An-Nur..
wa sangat merindui tanah suci  ini...terasa rindunya yang semakin hari semakin menebal..

izinkan lah sekali lagi wa kesana..


                                       gambar kami ketika di perkarangan kubur Baqi'

pada awalnya wa mengalami berbagai masalah ketika di malaysia..
wa patut berterima kasih pada ustaz wa,ustaz Wan Ameenul Rahman..
wa betul2 terhutang budi pada dia..

terima kasih ye ustaz..

Rabu, 8 Jun 2011

KAWAN..

wa memang tak boleh buat baik dengan orang.lebih2 lagi dengan kawan.

haaa..wa taip wa rasa sayu..

bayangkan bertahun2 berkawan..kemudian tiba2 melarikan diri tanpa sebarang sebab...lucu kadang2..

wa cuma boleh faham yang berkawan ni hak masing2..wa tak nafikan..cuma kenapa bertindak sedemikian..


 
                                              gambar hiasan sahaja



Orang macam wa ni masih perlukan bimbingan serta teguran,bukan sahaja daripada guru dan ibubapa,malahan dari kawan masyarakat sekeliling.Oleh kerana wa bukan insan yang sempurna.

Wa inginkan kawan yang bersifat seperti musuh yang sentiasa jujur dalam menilai diri wa..

Wa tak ingin kawan yang hanya mengampu kebaikan wa dan cuba untuk menyembunyikan keburukan wa..


kenapa mesti wa

wa tak paham la..
apa2 hal mesti wa yang kena..
orang lain yang buat..
wa jugak yang kena..
                                   grafiti di sebuah sisi bangunan di kota bharu,kelantan 

wa rasa macam tak adil pulak.
bukan sekali tapi banyak kali.
wa tak suka cerita dengan orang lain pasal ni..
tapi keadaan memaksa..
                                                  menara TM di pantai baru,KL

wa cuba untuk terus tabah..
wa harap petunjuk dari tuhan..
wa redha dengan segala ujian dalam hidup ini..
cuma mengambil sedikit masa untuk atasi..

Rabu, 1 Jun 2011

sebarkan..

Apakah Freemason?
Freemason adalah satu organisasi rahsia yg bermula dari zaman Mesir Purba sehingga kini yg dianggotai oleh lelaki yg dipilih oleh mereka, bermakna membership on invitation only.Mason bermakna tukang batu. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah penyambung generasi pembina Kuil King Solomon di Israel. Dikatakan mereka memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negative, elemen penting dalam pemujaan.Di Malaysia, kelab kebajikan (kononnya) seperti Lions, Rotary etc adalah sebenarnya cabang Freemason.Ada juga pendapat yang mengatakan yang mereka nih sebenarnya meneruskan misi Knights Templar.

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason.

Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda?

Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. 

Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi bawah tanah yahudi antarabangsa yang tidak ada hubungan dengan kegiatan pembinaan bangunan. Pada awalnya, pertubuhan ini dirancang untuk memusnahkan agama Kristian. Tetapi selepas zaman revolusi Eropah pada kurun-17 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam mereka terus mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Pertubuhan ini dianggotai oleh bangsa yahudi tulen, terutamanya para penguasa dan pemimpin Negara Israel seperti Ariel Sharon, Ehud Barak dan lain-lain. Mereka bekerja keras merancang dan mengatur strategi untuk menguasai dunia sehinggakan keputusan perlantikan presiden atau ketua Negara contohnya Amerika Syarikat, berada di dalam bidang kuasa mereka.

Ahlinya bergerak sambil berpegang kepada beberapa prinsip yang menyebabkan perancangan mereka mantap dan licik di antaranya adalah:

  • Menjaga segala rahsia.
  • Memberi taat setia.
  • Hanya memuliakan kaum yahudi.
  • Menyebarkan dan mengagungkan hubungan seks.
  • Menguasai agama lain selain dari yahudi.
  • Tolong-menolong sesama ahli.
  • Mengadakan propaganda dan revolusi.
Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang di bawahnya yang disertai oleh pelbagai lapisan bangsa dan agama untuk membantu misi mereka yang keji ini. Mereka akan menggunakan lambang atau simbol yang tidak difahami, di antaranya yang biasa digunakan ialah matahari, bulan, mata, piramid dan lain-lain. Mereka yang kebanyakan golongan bangsawan seperti raja-raja, ahli falsafah, pemimpin agama, cendiakawan, para pemimpin negara akan berkumpul dan merancang serta mengatur rancangan mereka.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah :

Illuminati


  • Bermaksud pertubuhan cahaya.
  • Diasaskan oleh Adam Weishaupt yang asalnya seorang paderi Kristian, kemudian murtad dari agamanya, lalu menubuhkan pertubuhan ini.
  • Menggunakan wang dan perempuan untuk memperalatkan orang-orang yang berpengaruh.
  • Memerangkap mahasiswa yang mempunyai prestasi intelektual sehingga dapat berbakti kepada mereka.
  • Menguasai media massa untuk melindungi pertubuhan ini.

Pertubuhan B’nai B’rith

  • Diasaskan oleh seorang yahudi yang bernama Henry Jones.
  • Tugas pertubuhan ini ialah mencari dan memutarbelitkan berita, mewujudkan pejabat-pejabat perisikan di seluruh dunia, membela bangsa yahudi, menyokong keputusan Israel dan membantu setiap bentuk keganasan.
Pertubuhan Bahaiyah

  • Bertujuan untuk menimbulkan keraguan di dalam hati umat Islam mengenai agama yang sedang dianuti.
  • Diasaskan oleh seorg yahudi bernama Mirza Muhammad Ali (nama palsu)
  • Pada awalnya muncul sebagai kelompok Islam. Lama-kelamaan mereka mengajak pengikut mereka menubuhkan persatuan agama yang bertujuan untuk menggabungkan semua agama di dunia.
  • Semua pejabat pertubuhan ini ditutup dan dibubarkan pada tahun 1961 atas arahan kerajaan Mesir.

Pertubuhan Kesaksian Yehova

  • Ditubuhkan di Jerman.
  • Berselindung dengan menyamar menjadi agama Kristian dan seterusnya menyelewengkan ajaran Kelab Lions.
  • Ditubuhkan oleh Martin James (Peguam Amerika).
  • Lions bermaksud singa yang menjaga Haikal Sulaiman.
  • Tujuan penubuhannya ialah untuk merealisasikan impian yahudi dan menjadi pemerintah yahudi antarabangsa.

ahmad nabil ahmad

Aku tak pernah lagi berminat dengan mana-mana artis kt Malaysia atau luar negara,kecuali nabil juara raja lawak musim kedua.
Secara jujurnya,aku minat la dengan si nabil ni.mungkin sebab style dia berlawak tu yang agak kreatif.Berlawak secara solo bukannya sesuatu yang mudah.
Aku tak peduli kes skandal peribadi dia..lantak la..bukan dia je ada skandal..tipu la kalau artis tu bersih dari sebarang .......... lu pikir la sendiri!!