tinggal di lereng bukit merupakan satu cabaran untuk wa.setiap hari kan mendaki bukit yang agak curam(tapi tidak la curam sangat).tapi wa menghadapi dengan sangat rileks.berbeza dengan rumah akhawat yang jauh lebih curam.tidak ada sebab untuk wa mengeluh.
musim panas di syams tidak la terlalu panas kalau hendak dibandingkan ketika wa di jeddah.cuacanya yang kering membuatkan wa selesa berjalan ke mana sahaja.
kelas bahasa arab yang wa ikuti di jami' abu nour tidak la sukar seperti yang wa sangkakan.rakan sekelas dari negara dan bangsa yang berbeza banyak membantu wa dari segi percakapan harian.
jadi wa bercadang untuk menetap di syams ini selama mungkin bagi memperkasakan serta memantapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat.
tapi,shisha tetap sebati dalam diri wa.selama tiga minggu ini sahaja wa da lepak 5 buah maqahe.wa tidak akan mengajak rakan serumah kerana kami tidak sependapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan