Ahad, 31 Julai 2011

wa terpandang

  1.  wanita di syams sangat dihormati.kaum lelaki di syams sangat menjaga batas2 perhubungan.pakaian wanita di syam ini boleh dikatakan moden.tapi tahap hendak mendedahkan aurat boleh dikira menggunakan jari.budaya couple hampir tiada di syams.ini mnejadi faktor kenapa tiada kes pembuangan bayi.kalau hendak dibanding pemuda pemudi di syams dengan malaysia.eeemmm macam langit dengan bumi
  2.  pengankutan di syams tidak lah moden.sperti di malaysia kita ada LRT,monorail dan pelbagai transit lain.di syams cuma ada bas dan service(seperti van sekolah kalau di malaysia),dan ini merupakan pengangkutan utama di bandar syams ini.
  3.  pelajar malaysia di syria juga masih bersikap rasis.ini mungkin faktor negeri2 yang sekian lama tercetus.dan mungkin faktor dalaman yang tidak dapat wa nyatakan disini.bagi wa bila kita di negara orang tidak perlu nak rasis2.sepatutnya lebih berfikiran terbuka.

belongs..

wa datang ketika semua ingin pulang.wa diperkecilkan ketika yang lain diiktiraf.wa cuma ingin mencari diri wa yang selama ini hilang entah ke mana.wa tak peduli dengan dengan tomahan ape tah lagi sindiran.masa depan wa punya,wa mampu uruskan.wa masih ada tiang utama yang masih boleh bersandar.

Khamis, 28 Julai 2011

single rider never ends

 tinggal di lereng bukit merupakan satu cabaran untuk wa.setiap hari kan mendaki bukit yang agak curam(tapi tidak la curam sangat).tapi wa menghadapi dengan sangat rileks.berbeza dengan rumah akhawat yang jauh lebih curam.tidak ada sebab untuk wa mengeluh.
 musim panas di syams tidak la terlalu panas kalau hendak dibandingkan ketika wa di jeddah.cuacanya yang kering membuatkan wa selesa berjalan ke mana sahaja.
 kelas bahasa arab yang wa ikuti di jami' abu nour tidak la sukar seperti yang wa sangkakan.rakan sekelas dari negara dan bangsa yang berbeza banyak membantu wa dari segi percakapan harian.
 jadi wa bercadang untuk menetap di syams ini selama mungkin bagi memperkasakan serta memantapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat.
 tapi,shisha tetap sebati dalam diri wa.selama tiga minggu ini sahaja wa da lepak 5 buah maqahe.wa tidak akan mengajak rakan serumah kerana kami tidak sependapat.

Selasa, 26 Julai 2011

kronologi wa

pukul 4pagi- solat suboh.musim panas di syams menyebabkan masa siangnya yang agak panjang.
                  - baca quran dan tidur

pukul 8pagi- bersiap ke kelas dan sarapan

pukul 9pagi- kelas bermula sampai 12.30

pukul 12.45- zohor dan terus memasak.

pukul 1.30- makan berjemaah rakan serumah

pukul 2.15- ulangkaji dan membaca al-quran

pukul 3.30- layan movie

pukul 6.00- keluar rumah.jalan bandar damascus secara solo

pukul 10.00mlm- balik rumah

pukul 12.00-tidur

jumaat-majils zikir dan aktiviti bebas
sabtu-aktiviti bebas dan talaqqi

Isnin, 25 Julai 2011

wa dan munir ramli

wa sangat beruntung dapat berjumpa dengan penulis travelog rindu eropah tawan damascus,munir ramli.
beliau datang ke syria semula dan mengadakan pertemuan dengan pelajar malaysia di syria.banyak pengalaman yang dapat dikongsikan oleh beliau ketika beliau mengadakan pengembaraan solo 30 tahun yang dulu.
wa dengan penulis

sesi mendapatkan tandatangan penulis di buku wa

munir ramli bersama pelajar di syria

Sabtu, 23 Julai 2011

kite punye

bruj al-khalifah di dubai

transit di dubai,dubai terbaik la


hari pertam di airport damascus

kami di jami' umawi..maqam di belakang adalah maqam nabi zakaria




                                                     

Selasa, 19 Julai 2011

wa di Syams

 Alhamdulillah..cukup seminggu wa di syams.sebelum itu wa ingin menyatakan disini kenapa wa membahasakan diri wa dengan 'wa'.Wa asal daripada perkataan gua yang bermaksud saya@aku.Gua biasaya digunakan oleh rockers,taiko2 besar atau cina yang cuba untuk berbahasa melayu atau lebih ekstremenya kumpulan2 gangster.Wa memilih kata ganti nama pertama yang tidak formal ini adalah untuk mengingati kembali kejahilan wa sebelum menjejakan kaki di kelantan.
 Kenapa perlu mengingati kejahilan diri?Manis jangan terus ditelan,pahit jangan terus dibuang.Wa tidak akan menyesal dengan apa yang wa da buat tapi wa menyesal dengan apa yang wa tidk pernah buat.Jadi kepada pengkritik,cermin diri anda sejauh mana anda muhasabah diri.Nilai diri anda terlebih dahulu.
 Well..itu bukan topik utama tapi sekadar muqaddimah.
Damascus dalam bahasa inggeris,dimasyq dalam bahasa arab a.k.a syams.Sejak kali pertama wa menjejakan kaki di bumi berkat ini.wa dapat rasakan semangat wa semakin berkobar2,mendidih mencari sesuatu yang sangat bernilai.Maklumat di syams telah wa teliti ketika di malaysia lagi.Keadaan dmonstrasi disini tidak lah seteruk mana.bagi wa aman damai disini.
 Macam biasa sebelum pemergian wa ke syams,wa dibantah secara halus.wa tidak akan dengar cakap siapa2 apabila ayah wa sendiri mengizinkan wa pergi jadi tidak ada lagi halangan kecuali Maha pencipta.Yang lain wa cuma harapkan sokongan dan doa bukan perli wa atau sama waktu dengannya.
 Novel rona2 cinta Damascus,novel pertama berjaya wa berjaya abiskan.sepanjang wa hidup 22 tahun ni..wa tidak pernah lagi baca novel.agak lucu la plak..Jami' Umawi,bukit arbai'n(tempat terletak batu ternganga),suuq hamidy,jami' abu nour,jami' fatah antara tempat yang yang ditulis dlm novel tersebut dan wa dahpun ziarah tempat2 ini.