Khamis, 26 Mei 2011

bandar hama menyimpan sejarah hitam umat islam syria.

Hafez al-Assad mengambil alih pemerintahan di bumi syria dengan menubuhkan kerajaan Baath.Corak pemerintahan yang digunakan adalah lebih kepada menekan@kuku besi. Kerajaan Baath telah menambah lagi kesusahan kepada umat Islam Syria. Negara itu telah jatuh ke tangan puak minoriti Syiah, yang hanya terdiri daripada 11 peratus sahaja dari keseluruhan populasi. Kesemua ras-ras yang lain telah kehilangan pengaruh. Dalam masa yang singkat sahaja, rejim Assad, yang menggelarkan diri mereka sebagai "Demokrasi Rakyat Sosialis," telah mengenakan pemerintahan yang zalim di negara itu. Kesemua parti politik telah ditutup, dan sokongan terhadap pandangan parti politik lain selain dari ideologi sosialis yang disokong oleh Parti Baath diharamkan. Kesemua pergerakan Islam dihalang. Para pemimpin gerakan-gerakan tersebut telah ditangkap dan didera dengan kejam sehingga mati. Pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan bagaimana umat Islam Syria dikenakan penindasan yang sangat teruk dan telah menderita sepanjang era Assad, dan bagaimana wanita Islam diperkosa dan penderaan yang tersangat zalim telah dikenakan ke atas lelaki.

kincir air,hama menjadi saksi kezaliman diktator Hafez al-Assad.


Matlamat utama rejim Baath adalah untuk memadamkan identiti Islam Syria. Bagi mencapai hasrat ini, berpuluh-puluh ribu umat Islam telah ditahan tanpa sebab dan kemudiannya didera. Kebanyakannya telah dikenakan hukuman, dan yang lain hilang begitu sahaja. Rejim Assad telah melakukan tindakan-tindakan seperti merogol wanita, memukul mereka sehingga mati dan menggantung mereka pada bahagian kaki. Rejim ini juga cuba untuk memusnahkan masyarakat Islam dengan menyerang rumah-rumah, masjid dan melakukan penghinaan dan kekacauan yang tidak pernah putus, dan se­sungguhnya mereka amat gembira melakukannya.

Contoh paling ngeri kebuasan rejim Assad ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bandar Hama. Satu-satunya sebab yang membawa kepada penghancuran bandar itu ialah pergerakan-pergerakan Islam amat berkuasa di sana. Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga merupakan ketua Staf Jeneral, telah mengarahkan satu siri serangan darat dan udara ke atas bandar Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan menurut perintah telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah teruk. Kira-kira 40,000 umat Islam ke­hilangan nyawa kesan daripada kebuasan rejim Assad selama 27 hari itu.

Terdapat banyak lagi pembunuhan yang dilakukan oleh Assad selama 3 dekad sebagai seorang diktator. Ramai umat Islam Syria yang melarikan diri dari Assad masih hidup di perantauan sebagai seorang pelarian. Terdapat kira-kira 1 juta umat Islam Syria di Arab Saudi sahaja.

Di sebalik semua ini, polisi Bashar Assad, yang mengambil alih pemerintahan negara selepas kematian bapanya, telah menghantar signal yang lebih positif tentang sikapnya terhadap komuniti agama di Syria.

RASANYA BASHAR AL-ASSAD AKAN IKUT JEJAK BAPANYA X???

menyingkap kembali sejarah.syria

1943- syria mencapai kemerdekaan dari pihak perancis    
        - presiden pertama syria HASHIM AL-ATASSI
        - pada tahun yg sama syria sering berlaku rampasan kuasa


        
1946-1956
        - perang dunia 2 tercetus hingga menyebabkan syria tidak stabil
        - 20 kali barisan kabinetnya berubah dan 4 kali perubahan perlembagaan




1948- syria terlibat dalam misi menentang israel untuk mempertahankan Bukit Golan 
        - kemenangan di pihak syria







1964- presiden Amin Hafiz mengubah perlembangan dan memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk berada dalam parlimen




1966- sekali lagi rampasan kuasa dan berakhir dengan 
tertubuhnya Kerajaan Baath


1967- israel menyerang Bukit Golan,berjaya melemahkan tentera syria


1970- Hafiz Assad telah merampas kuasa dan memecat semua anggota kabinet justeru melantik dirinya sebagai presiden 


*maka sejarah hitam mula terlakar pada era pemerintahan Hafiz Assad di Bandar Hama.
*bermula lah pemerintahan kuku besi



Hafiz Assad
1928-2000
Syrian Leader

Syrian leader Hafez el-Assad, head of the Syrian Ba'ath party, is a member of the minority Alawite sect. As a young man, he trained as a pilot in the Soviet Union and in 1964 was named Commander of the Syrian Air Force. In 1966, Assad became the Defense Minister and, in that role, he was partially responsible for Syria's loss of the Golan Heights to Israel in the Six-Day War of 1967.
In 1970, a Ba'ath Party-sponsored coup led to his being named President of Syria. Syria's participation in the October 1973 Yom Kippur War against Israel nearly cost the country even greater territorial losses. But under Assad's rule, Syria achieved near-hegemony in Lebanon.
Bibliography:
Raymond Tanter. Rogue Regimes: Terrorism and Proliferation. New York: St. Martin's Press, c1998.





Rabu, 25 Mei 2011

desinasi ku (1)

Masjid Al-Amawi Damsyik terletak di dalam Old City Damascus disekitar Bab Al-Barid. Jalan terdekat menuju ke Masjid ini ialah melalui Bab Faradis. Kebiasaanya Laluan Bab Al-Faraj dan Bab An-Nasar yang melalui Souq Hammidiyah menjadi sesak untuk mereka yang ingin ke masjid tersebut.


Masjid Amawi merupakan masjid terbesar tertua di dunia yang masih kekal baik. Ia menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umawiah pada kurun ke-7 Hijrah. Masjid menjadi tempat beribadat kepada Allah, tempat pemimpin bertemu dengan rakyat, tempat pemimpin memberi ucapan dan maklumat kepada rakyat, tempat pengumpulan zakat dan sebagainya. Institusi masjid ketika itu digunakan sebaiknya. Di dalam masjid Amawi di salah satu sudutnya terdapat Menara Khazanah yang berfungsi sebagai tempat menyimpan harta-harta Zakat yang perlu diagihkan kepada yang berhak. Harta-harta zakat yang dikumpul oleh pemerintah disimpan dan diedarkan kepada asnaf yang betul yang memerlukan. Tempat menyimpan harta zakat tersebut adalah yang pertama di dunia di wujudkan. Konsepnya berjaya! Harta dikumpulkan dan diberikan kepada yang perlu. Bukan di ambil untuk modal membina bangunan atau membeli aset-aset kerajaan Umawiah pada ketika itu. Dan tidak dikumpul dengan tujuan untuk melihat ia dalam jumlah yang banyak kemudian dicanangkan bahawa harta zakat semakin banyak.

Masjid ini turut menempatkan beberapa Makam para nabi iaitu Nabi Yahya a.s yang dipercayai hanya kepalanya berada disitu. Terdapat pula 2 lokasi di dalam masjid yang menjadi tempat persinggahan Nabi Hud a.s dan Nabi Khidir a.s. Dibahagian luar berhampiran dataran lapang terdapat juga Bilik yang menempatkan Kepala Saidina Husin bin Ali (ianya diragui). Makam Panglima Islam yang terkenal Sallehudin Al-Ayubi pula ditempatkan bersebelahan masjid.

Menyingkap sejarah ringkas masjid ini, pada asalnya ia merupakan tapak kuil tuhan Semitik Hadad iaitu sekitar tahun 2000 sebelum masihi, kemudian ia menjadi kuil kepada bangsa Rum barat. Ketika Kristian mendominasi kawasan sekitarnya, sebuah gereja telah dibina di atas tapak masjid tersebut bersempena terdapatnya Makam John The Baptist (Nabi Yahya a.s) di kawasan tersebut. Selepas Islam menawan Syam pada tahun 636 Hijrah penganut Kristian dibenarkan untuk terus menggunakan gereja tersebut dan orang Islam pula menetap di kawasan berhampiran masjid ini. Lebih kurang 70 tahun gereja ini kekal sebagai tempat ibadat utama penganut Kristian. Kesan-kesan turut ditemui menunjukkan dalam tempoh 70 tahun kawasan tersebut dikongsi oleh orang Islam dan Kristian di mana orang Islam akan bersembahyang menuju ke dinding selatan yang menghala ke Kiblat di Mekah.

Masjid ini telah dihias indah dengan mozek-mozek kecil yang mengambarkan corak tanaman dan ladang, bandar dan istana yang mewujudkan suasana kedamaian campuran klasik dan ketimuran. Tiada unsur kemanusian yang wujud pada dinding-dinding masjid sepertimana sering kelihatan di gereja-gereja lama Kristian.

Masjid ini telah kekal selama 1200 tahun dan melalui pelbagai zaman dan rintangan. Ia pernah diserang tentera Mongol, pernah berlaku gempa bumi dan juga kebakaran pada tahun 1893. Sehingga kini, ia masih kekal teguh meninggalkan pelbagai rentetan sejarah dan bakal tertulis apa juga 'keputusan' sejarah.


 well..x sabar rasanya nak menjejakan kaki disini..semoge Allah mengizinkan dan mempermudahkan segala urusan ku